Tapi kalau anda ada perancangan mahu beli hartanah di Sabah
dalam masa terdekat, ada satu berita baik yang pasti buat anda rasa lebih lega.
Baru-baru ini, DUN Sabah sudah meluluskan satu pindaan
penting ke atas Seksyen 88A Ordinan Tanah Sabah.
Senang cerita macam ini undang-undang baharu ini wujud untuk
betul-betul lindungi kita sebagai pembeli yang jujur (atau dalam bahasa
undang-undangnya, pembeli bona fide).
Kenapa Pindaan Ini Sangat Penting Untuk Kita?
Sebelum ini, undang-undang lama agak berisiko untuk pembeli.
Kalau kita terbeli tanah yang ada sejarah penipuan sindiket walaupun kita tidak
tahu apa-apa dan sudah bayar penuh tanah itu selalunya terpaksa dipulangkan
balik kepada pemilik asal bila kes dibawa pergi mahkamah.
Jadi, nasib pembeli yang jujur tadi macam mana? Selalunya
tinggal gigit jari. Hilang tanah, hilang duit.
Bagi menampakkan beza undang-undang dulu dan sekarang, anda
boleh tengok jadual ringkas di bawah
|
Situasi |
Sebelum Pindaan Seksyen 88A |
Sekarang (Selepas Pindaan) |
|
Status Hak Milik |
Boleh ditarik balik kalau ada sejarah dokumen dipalsukan
oleh pemilik lama. |
Kekal milik anda (sebagai pembeli baharu yang sah
dan jujur). |
|
Nasib Pembeli |
Dihukum, hilang tanah dan rugi besar. |
Dilindungi sepenuhnya; polis yang akan buru
sindiket/penipu lama. |
|
Risiko Membeli |
Sentiasa risau takut terbeli tanah 'bermasalah'. |
Beli dengan hati yang lebih tenang (peace of mind). |
Macam Mana Mahu Pastikan Anda Dilindungi?
Walaupun undang-undang sekarang sudah memihak kepada
pembeli, anda tetap kena pastikan anda memenuhi 3 syarat utama ini untuk
diiktiraf sebagai pembeli bona fide. Jangan risau, syarat dia logik dan
mudah saja
- Niat
Memang Bersih Anda beli tanah itu tanpa sebarang unsur penipuan,
paksaan, atau bersubahat dengan mana-mana pihak. Niat memang betul-betul
mahu beli hartanah.
- Beli
Ikut Harga Pasaran Anda bayar mengikut nilai pasaran sebenar. Kalau
ada orang tawarkan tanah dengan harga yang terlampau murah dan tidak masuk
akal, lebih baik berhati-hati!
- Wajib
Buat Semakan Rasmi Ini paling penting. Sebelum keluar duit, anda sudah
buat carian rasmi (land search) melalui saluran yang betul.
Asalkan anda ikut 3 syarat ini, hak milik anda gerenti
selamat dan tidak boleh dicabar atau dibatalkan oleh sesiapa pun sesuka hati.
Keyakinan Baharu Buat Pelabur Hartanah
Langkah kerajaan negeri ini memang ngam pada masanya. Ia
bukan sahaja memulihkan keyakinan pelabur hartanah di Sabah, tapi juga
menegakkan keadilan yang sebenar. Mangsa penipuan tidak lagi dihukum, dan
tumpuan pihak berkuasa sekarang adalah untuk memburu penjenayah yang memalsukan
dokumen tersebut.
Nasihat Ekstra
Sebelum Pindah Duit!
Walaupun undang-undang sudah lindungi kita sekarang, jangan
pernah ambil mudah. Sentiasa lantik peguam hartanah yang sah untuk uruskan jual
beli dan buat carian geran di Jabatan Tanah dan Ukur (JTU). Biarlah
lambat sikit proses di awal, asalkan duit titik peluh anda selamat di kemudian
hari.
Ada kawan-kawan atau keluarga yang tengah tinjau-tinjau mahu
beli tanah di Sabah? Kongsikan artikel ini sama dia orang di WhatsApp atau
Facebook supaya dia orang pun tahu hak dia orang sebagai pembeli!
Rujukan Anda
- Ordinan
Tanah Sabah (Pindaan). (2025). Seksyen 88A (Bab 68). Jabatan Peguam
Besar Negeri Sabah. Laman Web Rasmi SAGC.
- The
Star. (2025, April 17). Sabah amends land law to protect buyers,
tighten safeguards against fraud. The Star Online.
