Perunding Ukur Tanah & Pemetaan Anda di Sabah

Perkhidmatan profesional, tepat dan pantas untuk semua keperluan ukur sempadan, pecah lot, topografi dan pemetaan dron.

Hubungi & Dapatkan Sebut Harga

Teknologi Moden

Gabungan kepakaran ukur tanah tradisional dan teknologi terkini seperti pemetaan dron dan GPS ketepatan tinggi.

Khidmat Nasihat & Bimbingan

Sedia membimbing dan memberi khidmat nasihat profesional berkaitan pengurusan hartanah, persempadanan, serta penyelesaian isu geran.

Harga Telus & Jujur

Kami menawarkan struktur harga yang jelas mengikut spesifikasi dan bajet tanpa sebarang kos tersembunyi.

Memaparkan catatan dengan label JUPEM sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JUPEM sabah. Papar semua catatan

Sejarah JUPEM Sabah

 




Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Sabah) mula beroperasi di Sabah pada bulan Oktober 1983. Mandat yang diberikan ialah untuk menjalankan kerja pemetaan dan pengukuran geodetik di negeri Sabah yang mana menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam "Inter-Governmental Committee Report" pada tahun 1962.
  
Pejabat pertama jabatan ini adalah di Tingkat 1 dan 2, Wisma Kebajikan, Jalan Sembulan Kota Kinabalu. Kakitangan perintis adalah terdiri daripada pegawai-pegawai daripada berbagai cawangan JUPEM di Semenanjung Malaysia. Cawangan Kerjaluar Wilayah I (Kota Kinabalu) ditubuhkan pada tahun yang sama. Cawangan Kerjaluar Wilayah II (Tawau) ditubuhkan pada tahun 1985. Pada tahun 1989, pejabat Jabatan telah berpindah ke Bangunan KWSP sehinggalah sekarang. Dengan pengambilan kakitangan tambahan, Cawangan Kerjaluar Wilayah III (Sandakan) ditubuhkan pada tahun 1993 dan pejabatnya adalah di Wisma Sandakan, yang kemudian berpindah ke Bangunan Urusetia Negeri, Batu 7 pada tahun 2001 sehingga sekarang.

Pada masa ini jumlah kakitangan JUPEM Sabah adalah seramai 279 orang. Projek-projek adalah dirancang dan dilaksanakan dengan licin untuk membantu dalam usaha-usaha pembangunan negara. Pengukuran Bersama Sempadan Antarabangsa Malaysia - Indonesia dilaksanakan bersama JUPEM Sabah dan pihak Indonesia yang telah selesai kecuali beberapa kawasan bermasalah sedang rancak dalam mengemaskini Peta Negeri Sabah. Begitu juga dengan infrastruktur ukuran Geodetik yang sedang giat dijalankan. Di samping tanggungjawab tersebut, kerjasama yang erat terjalin dengan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah serta agensi-agensi kerajaan lain.  
WhatsApp