Perunding Ukur Tanah & Pemetaan Anda di Sabah

Perkhidmatan profesional, tepat dan pantas untuk semua keperluan ukur sempadan, pecah lot, topografi dan pemetaan dron.

Hubungi & Dapatkan Sebut Harga

Teknologi Moden

Gabungan kepakaran ukur tanah tradisional dan teknologi terkini seperti pemetaan dron dan GPS ketepatan tinggi.

Khidmat Nasihat & Bimbingan

Sedia membimbing dan memberi khidmat nasihat profesional berkaitan pengurusan hartanah, persempadanan, serta penyelesaian isu geran.

Harga Telus & Jujur

Kami menawarkan struktur harga yang jelas mengikut spesifikasi dan bajet tanpa sebarang kos tersembunyi.

Beli Tanah di Sabah Kini Lebih Selamat! Kenali Pindaan Seksyen 88A

Pernah tidak dengar cerita orang terbeli tanah, siap bina rumah, tapi tiba-tiba geran tanah kena tarik balik sebab rupa-rupanya pemilik lama pakai dokumen palsu? Memang ngeri kalau terfikir duit simpanan beratus ribu lebur macam itu saja.

Tapi kalau anda ada perancangan mahu beli hartanah di Sabah dalam masa terdekat, ada satu berita baik yang pasti buat anda rasa lebih lega.

Baru-baru ini, DUN Sabah sudah meluluskan satu pindaan penting ke atas Seksyen 88A Ordinan Tanah Sabah.

Senang cerita macam ini undang-undang baharu ini wujud untuk betul-betul lindungi kita sebagai pembeli yang jujur (atau dalam bahasa undang-undangnya, pembeli bona fide).

Kenapa Pindaan Ini Sangat Penting Untuk Kita?

Sebelum ini, undang-undang lama agak berisiko untuk pembeli. Kalau kita terbeli tanah yang ada sejarah penipuan sindiket walaupun kita tidak tahu apa-apa dan sudah bayar penuh tanah itu selalunya terpaksa dipulangkan balik kepada pemilik asal bila kes dibawa pergi mahkamah.

Jadi, nasib pembeli yang jujur tadi macam mana? Selalunya tinggal gigit jari. Hilang tanah, hilang duit.

Bagi menampakkan beza undang-undang dulu dan sekarang, anda boleh tengok jadual ringkas di bawah

Situasi

Sebelum Pindaan Seksyen 88A

Sekarang (Selepas Pindaan)

Status Hak Milik

Boleh ditarik balik kalau ada sejarah dokumen dipalsukan oleh pemilik lama.

Kekal milik anda (sebagai pembeli baharu yang sah dan jujur).

Nasib Pembeli

Dihukum, hilang tanah dan rugi besar.

Dilindungi sepenuhnya; polis yang akan buru sindiket/penipu lama.

Risiko Membeli         

Sentiasa risau takut terbeli tanah 'bermasalah'.

Beli dengan hati yang lebih tenang (peace of mind).

Macam Mana Mahu Pastikan Anda Dilindungi?

Walaupun undang-undang sekarang sudah memihak kepada pembeli, anda tetap kena pastikan anda memenuhi 3 syarat utama ini untuk diiktiraf sebagai pembeli bona fide. Jangan risau, syarat dia logik dan mudah saja

  1. Niat Memang Bersih Anda beli tanah itu tanpa sebarang unsur penipuan, paksaan, atau bersubahat dengan mana-mana pihak. Niat memang betul-betul mahu beli hartanah.
  2. Beli Ikut Harga Pasaran Anda bayar mengikut nilai pasaran sebenar. Kalau ada orang tawarkan tanah dengan harga yang terlampau murah dan tidak masuk akal, lebih baik berhati-hati!
  3. Wajib Buat Semakan Rasmi Ini paling penting. Sebelum keluar duit, anda sudah buat carian rasmi (land search) melalui saluran yang betul.

Asalkan anda ikut 3 syarat ini, hak milik anda gerenti selamat dan tidak boleh dicabar atau dibatalkan oleh sesiapa pun sesuka hati.

Keyakinan Baharu Buat Pelabur Hartanah

Langkah kerajaan negeri ini memang ngam pada masanya. Ia bukan sahaja memulihkan keyakinan pelabur hartanah di Sabah, tapi juga menegakkan keadilan yang sebenar. Mangsa penipuan tidak lagi dihukum, dan tumpuan pihak berkuasa sekarang adalah untuk memburu penjenayah yang memalsukan dokumen tersebut.

Nasihat Ekstra Sebelum Pindah Duit!

Walaupun undang-undang sudah lindungi kita sekarang, jangan pernah ambil mudah. Sentiasa lantik peguam hartanah yang sah untuk uruskan jual beli dan buat carian geran di Jabatan Tanah dan Ukur (JTU). Biarlah lambat sikit proses di awal, asalkan duit titik peluh anda selamat di kemudian hari.

Ada kawan-kawan atau keluarga yang tengah tinjau-tinjau mahu beli tanah di Sabah? Kongsikan artikel ini sama dia orang di WhatsApp atau Facebook supaya dia orang pun tahu hak dia orang sebagai pembeli!

Rujukan Anda

  • Ordinan Tanah Sabah (Pindaan). (2025). Seksyen 88A (Bab 68). Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah. Laman Web Rasmi SAGC.
  • The Star. (2025, April 17). Sabah amends land law to protect buyers, tighten safeguards against fraud. The Star Online.

Di Cengkaman Beruang Nyawa Diselamatkan Oleh Seekor Anjing

Sebelah saya tu adalah seorang kawan penduduk Kampung Bantul, kalau kamu google kedudukan kampung bantul ia berada dekat di persempadanan Negara antara Malaysia (Sabah) dan Indonesia (Kalimantan). Saya dapat pengalaman berharga melalui kisah kawan ini ketika berhadapan dengan beruang ganas di hutan tebal.

Cuba kamurang tengok muka kawan kita yang pakai baju putih dalam gambar tu, nampak tenang ja kan dia duduk bersembang? Tapi siapa sangka, di sebalik senyuman tu, dia ada satu cerita ngeri yang betul-betul di hujung nyawa. Ini bukan cerita rekaan ya, ini betul-betul kejadian bertarung nyawa dengan beruang!
Tiba-tiba Kena Terkam di Hutan

Ceritanya begini, hari tu dia masuk hutan macam biasa la ditemani anjing peliharaan dia. Tengah syok-syok di hutan, tiba-tiba datang seekor beruang liar. Ndak ada bunyi amaran, ndak ada angin ndak ada ribut, beruang tu terus meluru dan terkam dia!

Belum sempat dia mau lari atau pertahankan diri, beruang tu sudah pegang dia. Bayangkan bah, perut dia terus kena cengkam kuat-kuat sama itu binatang buas. Kalau tenaga beruang ni, kita manusia biasa memang ndak terlawan. Masa tu nafas pun sudah sesak, dalam hati terfikir, "Habis la nyawa aku kali ni."
Salakan Wira Kecil Penyelamat Nyawa

Tapi, di sinilah keajaiban tu berlaku. Anjing peliharaan dia ni memang anjing yang setia betul! Terus anjing tu meluru pigi dekat dan menyalak sekuat-kuat hati. Ndak henti-henti dia menyalak, bikin bising betul sampai beruang tu rimas. Sebab terkejut dengan bunyi salakan tu, beruang tu tiba-tiba terleka. Dia terpusing kepala sekejap mau tengok itu anjing.

Peluang Keemasan Untuk Hidup

Masa pandangan beruang tu beralih la kawan kita ni nampak peluang! Dia tahu, ini ja satu-satunya cara kalau mau hidup. Dengan sisa tenaga yang ada, masa tu adrenalin pun tengah naik, dia kumpul kudrat, terus dia bagi penumbuk padu bertalu-talu tepat di mata beruang tu! Dia tumbuk mata beruang tu berkali-kali ndak bagi peluang. Mata ni kan bahagian paling sensitif, jadi bila kena tumbuk begitu punya kuat, beruang tu ndak tahan kesakitan. Terus beruang tu mengerang, lepaskan cengkaman di perut dia, dan lari balik masuk hutan.

Kejar Masa Naik Bot Pigi Hospital Keningau

Tapi cerita belum habis di situ. Selepas kejadian tu, dia berusaha atau logot -logot jalan dalam keadaan (kiraha-raha / berdarah) balik ke perkambungan palan-palan tapi kelam-kabut juga sebab perut dia sudah teruk kena cengkam. Orang kampung terpaksa cepat-cepat bawa dia pigi hospital untuk selamatkan nyawa dia.

Untuk orang Kampung Bantul, pengangkutan utama dorang bukan kereta atau ambulans, tapi bot! Jadi, dorang terus usung dia naik bot, redah air laju-laju semata-mata mau kejar masa bawa dia pigi Hospital Keningau. Berdebar-debar bah rasa masa perjalanan tu.

Syukur puji Tuhan, dengan usaha pantas orang kampung dan rawatan dari doktor, kawan kita ni selamat dan masih boleh senyum kongsikan pengalaman ni. Tragedi ni memang pengajaran besar semangat mau terus hidup tu penting, dan paling utama, kesetiaan seekor anjing peliharaan tu memang tiada tandingannya. Kalau bukan sebab anjing tu, mungkin lain sudah ceritanya hari tu!

Peringatan Keselamatan Untuk Tukang Sukat Tanah di Hutan

Kerja sebagai tukang sukat tanah di kawasan hutan pedalaman Sabah ni memang sangat mencabar dan berisiko tinggi. Tragedi diserang beruang tu patut dijadikan pengajaran besar supaya kita tidak leka, kerana bahaya buas sentiasa ada di sekeliling kita. Apabila kita melangkah masuk ke dalam "rumah" haiwan liar, keselamatan diri semestinya menjadi keutamaan nombor satu.
Sentiasa Berteman dan Peka Keadaan Sekeliling 

Perkara paling penting bila beroperasi di dalam hutan adalah jangan sesekali bergerak sendirian. Pastikan anda sentiasa berteman atau bekerja dalam kumpulan supaya ada rakan yang boleh membantu atau mencari bantuan luar jika berlaku sebarang kecemasan. Sambil meredah belantara untuk kerja menyukat, jangan berjalan dalam keadaan terlalu senyap. Hasilkan sedikit bunyi dengan berborak, membunyikan wisel, atau mengetuk parang pada batang pokok untuk memberi amaran awal kepada haiwan liar supaya mereka sedar kehadiran kita dan sempat berundur. Selain itu, elakkan sama sekali pemakaian fon telinga (earphone) kerana mata dan telinga perlu sentiasa awas mengesan sebarang petanda bahaya seperti jejak tapak kaki, najis baru, bau yang pelik, atau kesan cengkaman pada pokok.

Bawa Perlindungan, Peralatan, dan Maklumkan Pergerakan 

Mengambil iktibar dari kisah tadi, membawa anjing peliharaan yang mahir selok-belok hutan adalah satu kelebihan yang besar kerana deria mereka yang tajam boleh bertindak sebagai pengawal semula jadi yang sangat cekap. Jangan lupa melengkapkan diri dengan peralatan penting seperti parang, alat komunikasi yang sesuai (seperti walkie-talkie atau telefon satelit memandangkan liputan line telefon biasa susah dapat di pedalaman), dan kit bantuan kecemasan (first aid) untuk menghentikan pendarahan awal jika berlaku kecederaan.

Jangan Abai Jadual Perjalanan 

Paling utama, sebelum memulakan kerja, pastikan anda memaklumkan lokasi tepat yang ingin disukat dan anggaran masa anda akan keluar dari hutan kepada orang kampung, ketua kampung, atau keluarga. Langkah ini sangat kritikal supaya jika anda tidak pulang pada masa yang dijanjikan, operasi menyelamat boleh digerakkan dengan segera tanpa membuang masa. Kerja ukur tanah memang penting demi tugas, tapi beringatlah selalu bahawa nyawa anda jauh lebih berharga dan tiada gantinya.

Perangai kita Pasal Urusan Tanah



Kita orang Sabah ni ada satu perangai yang ramai tidak mahu mengaku.
Kita terlalu pandai “rasa selamat”.
Selagi belum kena batang hidung sendiri, kita anggap semua masih okay.
Geran hilang?
“Nanti cari bah.”
Cukai tertunggak?
“Belum kena kacau lagi.”
Pusaka belum urus 15 tahun?
“Keluarga sendiri juga tu.”
Itulah ayat yang akhirnya makan diri.
Kita juga terlalu kuat pegang budaya “tidak enak hati”.
Tidak mahu tegur keluarga sendiri.
Tidak mahu tanya pasal geran sebab takut dikata tamak.
Tidak mahu bincang pembahagian sebab takut keluarga terasa.
Akhirnya semua diam.
Tetapi dalam diam itu:
- syak wasangka tumbuh,
- marah terkumpul,
- dan kepercayaan perlahan-lahan rosak.
Satu lagi perangai kita…
Suka bangga dengan tanah, tetapi malas urus.
Kalau sembang di kedai kopi:
“Kami ada tanah berpuluh ekar.”
Tetapi cuba tanya:
- geran atas nama siapa?
- sudah pecah geran ka belum?
- ada jalan masuk ka tidak?
- status pusaka selesai ka belum?
Terus sunyi.
Kita suka rasa kaya sebab ada tanah.
Padahal banyak keluarga sebenarnya “kaya atas kertas” saja.
Tanah ada.
Tetapi tidak boleh dibangunkan.
Tidak boleh dijual dengan mudah.
Tidak boleh dijadikan kekuatan ekonomi keluarga.
Paling bahaya bila kita mula terlalu percaya sama keluarga tanpa sistem yang jelas.
“Tidak payah hitam putih bah.”
“Saudara sendiri juga.”
“Pegang mulut saja cukup.”
Sampai satu hari:
- orang meninggal,
- anak cucu bertukar,
- harga tanah naik,
- dan janji lama tiba-tiba hilang dari ingatan.
Masa itu baru semua sibuk cari:
- saksi,
- surat,
- sempadan,
- dan kebenaran sebenar.
Kita orang Sabah juga kadang terlalu lambat sedar nilai masa.
Kita ingat urusan tanah boleh tunggu.
Padahal setiap tahun yang berlalu:
- waris makin ramai,
- kos makin mahal,
- dokumen makin susah dicari,
- dan hubungan keluarga makin rapuh.
Dan reality paling pahit?
Kadang-kadang orang luar lebih teratur menjaga nilai tanah daripada pemilik asal sendiri.
Bukan sebab mereka lebih berhak.
Tetapi sebab mereka:
- lebih disiplin,
- lebih faham sistem,
- lebih cepat bertindak,
- dan tidak tangguh urusan.
Ini bukan soal malu.
Ini soal sedar.
Kalau kita masih urus tanah pakai emosi, ego dan budaya “nanti dulu”…
Jangan terkejut kalau satu hari nanti anak cucu kita cuma mewarisi:
- pergaduhan,
- fail bertimbun,
- dan cerita bahawa “dulu keluarga kita banyak tanah.”

Awas Pemilik Tanah di Sabah Gagal Mohon Pecah Bahagi Sebelum Jual Boleh Didenda RM1,000,000.00 (Satu Juta Ringgit)

Perhatian pemilik tanah dan pelabur hartanah di Sabah!
Tahukah anda tentang undang-undang baharu pecah bahagi tanah? Kegagalan menguruskan pecah bahagi geran sebelum unit dijual boleh dikenakan denda yang sangat tinggi, iaitu antara RM250,000 sehingga RM1 Juta, berserta denda tambahan RM1,000 sehari.
Jangan biarkan pelaburan dan kerja keras anda hangus begitu sahaja akibat kesilapan undang-undang. Bersama bimbingan yang betul, anda boleh menukarkan tanah kongsi menjadi aset yang sah dan menguntungkan.
Lindungi aset dan legasi anda sekarang:
* Fahami risiko: Elakkan denda berat daripada penguatkuasa.
* Bertindak cepat: Urus struktur tanah anda secara sah.
* Dapatkan bantuan: Gunakan sistem bimbingan yang profesional.

Pecah Geran Tanah Sabah

Kesedaran mengenai pengurusan tanah kongsi sering dipandang remeh sehinggalah konflik keluarga atau tuntutan waris mula timbul di kemudian hari. Ramai pemilik berasa selesa hanya kerana nama mereka tercatat dalam geran, namun tanpa pembahagian sempadan yang jelas, aset tersebut sebenarnya berada dalam keadaan "terkunci" dan berisiko tinggi mencetuskan perbalahan. Kesedaran awal adalah kunci untuk memahami bahawa pemilikan bersama tanpa pengurusan profesional bukan sahaja merumitkan urusan jual beli, malah boleh menjejaskan nilai ekonomi tanah tersebut buat generasi akan datang.
Langkah transformasi daripada tanah kongsi kepada aset bernilai tinggi bermula dengan keberanian untuk menguruskan hak milik individu secara sah dan teratur melalui perunding yang pakar. Dengan memulakan proses pecah geran sekarang, anda bukan sahaja meningkatkan nilai pasaran hartanah tersebut, malah membina benteng perlindungan bagi hak waris agar harta dapat diwariskan dengan tenang tanpa bebanan undang-undang yang rumit. Jangan biarkan masa depan aset anda terumbang-ambing; mulakan langkah pertama dengan melayari https://www.pecahgeran.com/ untuk konsultasi profesional mengenai tanah anda hari ini.
Pautan Pantas: Klik terus ke pecahgeran.com untuk lindungi hak milik anda.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN TANAH KERAJAAN SABAH


Panduan ini bertujuan membantu orang awam memahami syarat, langkah pengisian borang, dan prosedur rasmi permohonan tanah.

1. Syarat Kelayakan Asas

  • Umur: Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Status Tanah: Hanya untuk Tanah Kerajaan yang kosong (bukan Hutan Simpan atau kawasan tadahan air).
  • Warganegara:
    • Native Title (NT): Khusus untuk Anak Negeri Sabah sahaja.
    • Country Lease (CL): Terbuka kepada warganegara Malaysia lain dan entiti syarikat.

2. Langkah Mengisi Borang LSF 1001

A. Lakaran Lokasi & Peta (Muka Surat 1)

  • Peta Tanah: Lukiskan pelan lokasi tanah yang dipohon secara jelas.
  • Butiran Wajib: Tandakan arah Utara, jalan raya, sungai, atau bangunan berhampiran sebagai rujukan utama.

B. Maklumat Pemohon & Tanah (Muka Surat 2)

  • Butiran Peribadi: Isi nama penuh (HURUF BESAR), No. K/P, tarikh lahir, suku kaum, dan taraf perkahwinan.
  • Permohonan Tanah: Nyatakan luas tanah (Ekar), lokasi (daerah), dan tujuan permohonan (contoh: Pertanian atau Kediaman).
  • Rekod Tanah Sedia Ada: Senaraikan semua tanah yang telah dimiliki oleh pemohon atau ahli keluarga terdekat dalam jadual yang disediakan.

C. Kod Pekerjaan & Perusahaan (Muka Surat 3)

  • Pilih dan masukkan kod yang sesuai dengan pekerjaan anda. Contoh: '0' untuk Pertanian, 'A' untuk Pekerja Kebun, atau 'P' untuk Ikhtisas/Profesional.

D. Maklumat Syarikat (Muka Surat 3, 4 & 5)

  • Hanya diisi jika pemohon adalah syarikat.
  • Lengkapkan butiran perbadanan, modal, serta maklumat pengarah dan pemegang syer.
  • Sertakan dokumen lampiran seperti Borang 24 & 49 serta Memorandum Syarikat (M&A).

E. Pengesahan & Tandatangan (Muka Surat 5)

  • Isi alamat kediaman dan alamat pos yang lengkap berserta nombor telefon.
  • Peringatan: Maklumat palsu boleh menyebabkan permohonan dibatalkan mengikut undang-undang.
  • Tandatangani borang dan nyatakan tarikh permohonan.

3. Kadar Bayaran Pendaftaran (Fi Pejabat)

Bayaran mesti dibuat di kaunter Pejabat Tanah Daerah semasa menyerahkan borang:

  • Permohonan Native Title (NT): RM 5.00 (Kadar rata).
  • Permohonan Country Lease (CL) / Syarikat:
    • Bawah 15 Ekar (6 Hektar): RM 50.00.
    • 15 hingga 494 Ekar (200 Hektar): RM 200.00.
    • Melebihi 494 Ekar: RM 500.00.

4. Proses Selepas Penyerahan (Oleh Pihak Berkuasa)

Pemohon tidak perlu mengisi bahagian ini, namun perlu tahu proses yang berjalan:

  • Penilaian Fizikal (Muka Surat 6): Juruukur Daerah menilai jenis tanah, tanaman sedia ada, dan rupa bumi.
  • Semakan Hak Adat (Muka Surat 7): Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) menyemak jika terdapat tuntutan hak kebiasaan anak negeri (NCR).
  • Laporan Pengukuran (Muka Surat 8): Juruukur melakukan kerja ukur sempadan dan menentukan lot tanah secara rasmi.

 

 

Saya ingin memaklumkan bahawa saya menghadapi masalah teknikal ketika cuba mendaftar di bahagian 'daftar PT' melalui portal JTU E-Service. 

Saya menghargai kemudahan dalam talian ini, namun, sistem pendaftaran tersebut tidak berfungsi seperti yang diharapkan, yang menyebabkan kesukaran untuk saya menyelesaikan proses pendaftaran. 

Saya berharap pihak tuan/puan dapat melihat perkara ini dan memperbaikinya demi kemudahan pengguna lain juga. 

Saya memohon maaf jika aduan ini mengganggu, dan amat berterima kasih sekiranya tindakan segera dapat diambil.

'done submit feedback'

Terima kasih


WhatsApp