Perunding Ukur Tanah & Pemetaan Anda di Sabah

Perkhidmatan profesional, tepat dan pantas untuk semua keperluan ukur sempadan, pecah lot, topografi dan pemetaan dron.

Hubungi & Dapatkan Sebut Harga

Teknologi Moden

Gabungan kepakaran ukur tanah tradisional dan teknologi terkini seperti pemetaan dron dan GPS ketepatan tinggi.

Khidmat Nasihat & Bimbingan

Sedia membimbing dan memberi khidmat nasihat profesional berkaitan pengurusan hartanah, persempadanan, serta penyelesaian isu geran.

Harga Telus & Jujur

Kami menawarkan struktur harga yang jelas mengikut spesifikasi dan bajet tanpa sebarang kos tersembunyi.

Penyelenggaraan Laman Sesawang WWW.JTUWMA.NET


Sejak kebelakangan ini laman web JTUWMA tidak dapat diakses dengan lancar atas sebab terlibat dalam proses penyelenggaraan laman sesawang. 

Diharapkan laman sesawang ini akan  pulih semula seperti biasa dan kita dapat menggunakan kembali dengan update yang terkini.  

Kerja Penentuan Sempadan Lot Tanah, di Inanam


Apa sahaja jenis kerja yang melibatkan kekuatan tenaga tidak ada yang istilahnya santai-santai atau kerja sambil lewa. Ia memerlukan fokus dan pergerakan fizikal yang banyak.

Dalam bidang ukur tanah misalnya ketika menjalankan kerja ukur kadaster atau pun ukur kejuruteraan ia amat memerlukan pergerakan yang banyak. Sebentar ke kiri, sebentar ke kanan lagi.. ke depan pula dan ke belakang lagi bergantung pada point yang diperlukan. Turun naik bukit, panjat panjat bukit sambil membawa peralatan ukur dan bekalan air dalam beg galas dan turun bukit lagi lama kelamaan kita akan jadi penat. 

Jika kepenatan ini dilayan maka kita akan mula putus asa. Apabila putus asa mula menguasai fikiran maka mula akan berasa tidak senang dengan pekerjaan kita. Jika ini berlaku secara berterusan ada erti lain yang sedang mengintai iaitu kita mula melakar kegagalan di bidang kita.

Senyum Selalu Membawa Tuah...
kerana senyuman itu lahir dari hati yang gembira. Hati yang gembira adalah obat yang mujarab. Senyuman pula tidak perlu bayar apa-apa. Maka teruslah senyum walaupun tidak diminta. Sungguh sulit mengukir senyuman di muka ketika kita ditahap yang benar-benar keletihan. Namun jika senyuman di muka terukir maka ia adalah senyuman yang paling manis sekali dalam hidup kita..

hehehe...

Kerja Pengukuran Pembahagian Lot Tanah

Pengukuran lot-lot bagi tujuan tapak rumah sudah menjadi kebiasaan dilakukan oleh pemilik tanah untuk dibahagikan sama rata kepada waris.

Cara begini sungguh berkesan kerana sampai bila-bila pun tidak akan timbul pertikaian luas atau sempadan antara semua pemilik.
WhatsApp