Perunding Ukur Tanah & Pemetaan Anda di Sabah

Perkhidmatan profesional, tepat dan pantas untuk semua keperluan ukur sempadan, pecah lot, topografi dan pemetaan dron.

Hubungi & Dapatkan Sebut Harga

Teknologi Moden

Gabungan kepakaran ukur tanah tradisional dan teknologi terkini seperti pemetaan dron dan GPS ketepatan tinggi.

Khidmat Nasihat & Bimbingan

Sedia membimbing dan memberi khidmat nasihat profesional berkaitan pengurusan hartanah, persempadanan, serta penyelesaian isu geran.

Harga Telus & Jujur

Kami menawarkan struktur harga yang jelas mengikut spesifikasi dan bajet tanpa sebarang kos tersembunyi.

Kerja Penandaan Bagi Lot Lot Pemilik Tanah di Kg.Karanaan, Tambunan.

Sampai satu  masa nanti setiap orang pasti akan mengimpikan satu tempat yang lebih privacy berbanding pada keadaan yang dalam istilah disebut berkongsi. Tidak kiralah samaada berkongsi tempat tinggal (satu rumah dengan family) atau berkongsi lot rumah dan sebagainya.

Keadaan itu perlahan-lahan akan berubah setelah bilangan ahli keluarga bagi keluarga yang telah berkahwin mula bertambah. Saat inilah fikiran kita mula terbuka untuk mengimpikan satu tempat yang lebih privacy. Kita impikan sebuah tempat tinggal (rumah) diatas tanah milik kita sendiri. Kerana kita akan lebih bebas melakukan apa saja aktiviti yang difikirkan perlu. Contohnya menjalankan aktiviti penternakan kah? bercucuk tanam kah? atau apa saja yang kita mahu.

Kali ini kerja penandaan lot-lot pemilik tanah di kampung karanaan, Tambunan telah dilaksanakan bagi memastikan setiap pemilik mendapat bahagian dan tentukan sempadan tanah masing-masing. Bentuk muka bumi lot tanah yang orang bilang nice ini sudah pasti bakal menjadikan tempat ini lebih excited lagi untuk didirikan rumah.

Pengagihan lot-lot tanah ini telah memudahkan tuan tanah mengurus dan merancang terhadap kegunaan ruang tanah secara efisien.

Kerja ukur pengesahan sempadan dan topografi bagi lot tanah di pekan kundasang, Ranau


Biasanya bila plan topo ini dibuat bermakna ada pembangunan yang mahu dilakukan di tempat berkenaan. Kita berharap agar pekan kundasang akan ditambah majukan lagi memandangkan kundasang merupakan salah satu tempat yang paling menarik di Negeri Sabah. 

Cuaca yang sejuk, pemandangan yang indah berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu menjadikan tempat ini menjadi tumpuan kepada sesiapa saja yang lalu di kawasan ini. Banyak kenderaan berhenti di tepi jalan sambil selfie dan ambil gambar beramai-ramai. 

Kawasan yang dibuat penyukatan ini sangat sesuai jika dibangunkan sesuatu. Mungkin satu tempat santai-santai kah? berehat kah? Restoran kah? atau lain-lain lagi.

Menjelang pesta kobis atau kejohanan marathon  pasti lebih ramai orang (ramai dari yang biasa) akan datang berkunjung di kundasang menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti 4WD dan sebagainya.

  














WhatsApp