

Namun jika dilihat daripada sudut yang lain dan keadaan di tempat yang lain pula, rata-rata masih banyak tanah adat yang tidak dirampas dan masih tidak diusahakan malah menjadi tanah terbiar begitu saja kerana tidak ada lagi golongan muda seperti dalam gambar ini yang sanggup membanting tulang mengusahakannya tetapi mereka masih tetap mampu dan tidak miskin. Kerana mereka mampulah tanah pusaka masih tidak dipedulikan dan kerana rampasan tanah menyebabkan mereka jatuh miskin kerana tidak ada lagi sumber pendapatan lain selain daripada income dari tanah adat.
Sekali lagi saya berasa amat yakin bahawa anda pasti ada cara atau langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dicadangkan keadaan masalah seperti ini tidak akan timbul lagi.. selamatkan tanah adat kita, lakukan usaha keras agar ekonomi meningkat dan kita tidak miskin atau terdesak lagi.
Untuk melindungi tanah adat ini, maka kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan satu geran yang dipanggil geran komunal untuk tujuan perlindungan kepada tanah adat di sabah. Marilah kita saling ingat-mengingati bahawa Tanah Adat adalah untuk generasi baru dan bukan untuk syarikat...

















