- Working Procedure for Land Surveying
- Working Procedure for RSP Renewal
- Working Procedure for Gazzette Plan Preparation
- Working Procedure for Renewal of Instruction to Issue RSP
Working Procedure for Land Surveying
How does it's work? click link for more info:
Panduan kerja Pengukuran Tanah
Jenis-jenis Ukur Tanah Kadaster Yang Dilaksanakan Oleh Juruukur Kerajaan:
- Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Native Title (NT)
- Pengukuran Pengambilan Tanah
- Pengukuran Perwartaan Tanah Simpanan Kerajaan ( Sek. 28, Ordinan Tanah Sabah)
- Pengukuran Perwartaan Tanah Simpanan Kegunaan Anak Negeri ( Sek. 78, Ordinan Tanah Sabah)
- Pengukuran Yang Berkaitan Tuntutan Hak Asasi Tanah Mengikut Adat Anak Negeri
Manakala, jenis-jenis Ukur Tanah Kadaster Yang Dilaksanakan Oleh Juruukur Berlesen Yang
Berdaftar Dengan Lembaga Juruukur Sabah:
- Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Country Lease (CL)
- Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Town Lease (TL)
- Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Lesen Duduk Sementara (TOL)
- Permohonan Tanah yang diluluskan dengan syarat Native Title (NT)
- Pengukuran Semula Hakmilik (Resurvey)
- Pengukuran untuk penukaran Hakmilik Field Register (FR) ke Native Title (NT)
- Pengukuran untuk penukaran Hakmilik Provisional Lease (PL) ke Country Lease (CL)
- Pengukuran Pengambilan Tanah
- Pengukuran Pembahagian / Pencantuman Tanah
- Pengukuran Pembahagian Bangunan (Subsidiary Titles)
- Pengukuran Tukar Syarat Hakmilik Tanah
- Lain-lain jenis pengukuran kadaster.
Berikut merupakan carta alir prosedur kerja pengukuran tanah yang melibatkan Juruukur Kerajaan dan Juruukur Berlesen.
PROSIDUR KERJA PENGUKURAN TANAH OLEH JURUUKUR KERAJAAN
PROSIDUR KERJA PENGUKURAN TANAH OLEH JURUUKUR BERLESEN
YANG BERDAFTAR DIBAWAH SEKSYEN 8(3), ORDINAN JURUKUR 1960.
Sumber daripada http://www.jtu.sabah.gov.my
Kedudukan Lot Tanah Pada Peta Siri DNMM5201
Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth
Kedudukan lot tanah pada Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth
Maklumat Atribute lot tanah pada Peta DNMM 5201 menggunakan aplikasi Google Earth
Beginilah keadaan apabila layer lot tanah dan layer peta siri DNMM 5201 digabungkan bersama dengan menggunakan google earth. Kini setiap orang sudah boleh membuat rujukan melalui cara ini di internet untuk tujuan tertentu seperti merancang sesuatu pembangunan pada kawasan tertentu di masa hadapan, merancang kerja-kerja penyukatan, mengenalpasti lot-lot bersebelahan dan sebagainya. Sekiranya anda berhasrat untuk datang mahu mendapatkan Pelan Akui di jabatan tanah yang berhampiran dengan anda. Maka melakukan rujukan dengan cara ini akan lebih memudahkan anda berurusan di kaunter jabatan tanah. Tidak perlu menunggu lama lagi ketika berurusan di kaunter jabatan tanah.
Terpukau Dengan Keindahan Air Terjun
-Gambar Hiasan-
Kerja menyukat tanah pasti akan tergendala apabila bertemu dengan suasana indah seperti ini. Indahnya ciptaan Tuhan untuk kita. Menikmati keindahan air terjun di tengah hutan belantara memberikan kesegaran tenaga setelah penat menjalankan kerja menyukat tanah. Sambil menikmati 'tapau' makanan tengahari bersama dengan rakan-rakan di tepi air terjun membangkitkan lagi selera makan. Begitu manisnya pengalaman sebagai seorang tukang sukat tanah kerana dapat menikmati pelbagai keindahan alam dalam hutan yang pasti tidak akan sama dengan pengalaman orang lain.
Langgan:
Catatan (Atom)









