Perunding Ukur Tanah & Pemetaan Anda di Sabah

Perkhidmatan profesional, tepat dan pantas untuk semua keperluan ukur sempadan, pecah lot, topografi dan pemetaan dron.

Hubungi & Dapatkan Sebut Harga

Teknologi Moden

Gabungan kepakaran ukur tanah tradisional dan teknologi terkini seperti pemetaan dron dan GPS ketepatan tinggi.

Khidmat Nasihat & Bimbingan

Sedia membimbing dan memberi khidmat nasihat profesional berkaitan pengurusan hartanah, persempadanan, serta penyelesaian isu geran.

Harga Telus & Jujur

Kami menawarkan struktur harga yang jelas mengikut spesifikasi dan bajet tanpa sebarang kos tersembunyi.

Memaparkan catatan dengan label Singapura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Singapura. Papar semua catatan

Operasi Semakan Sempadan Tanah di Lot 6, Tambunan


Lot 6, Tambunan semakin kerap dikunjungi. kenapa ya? -kerana di lot 6 ini pokok durian telah pun mengeluarkan buah dan kini perlu diberi perhatian khusus bimbang nanti diambil orang. Lihat gambar-gambar seterusnya maka anda akan dapati ada buah durian yang sedang membesar. 

Tumpuan sebenarnya bukan pada pokok durian tetapi pengawalan yang serius untuk lot 6 khususnya tanda-tanda sempadan bagi lot bersebelahan. 

Istimewanya lot 6 ini kerana antaranya terdapat mata air di atas tanah ini. Mata air ini perlu dijaga dengan baik supaya tidak kering airnya. Mata air ini akan menjadi satu-satunya punca utama sumber air di masa akan datang. 

Bentuk muka bumi yang tinggi dan angin yang dingin bertiup segar menjadikan tempat ini begitu indah dan menarik sekali untuk dijadikan tempat persinggahan. Dari di lot 6, kita dapat melihat keseluruhan pekan Tambunan yang tersergam indah didepan mata. 

Suatu masa nanti kita akan tahu apa lot 6 ini sebenarnya... yang pasti bila tiba masanya nanti ia  bakal memberi impak terhadap kerancakan ekonomi Negara. 

Hebat dan menarik pastinya di lot 6.
 
WhatsApp