Perunding Ukur Tanah & Pemetaan Anda di Sabah

Perkhidmatan profesional, tepat dan pantas untuk semua keperluan ukur sempadan, pecah lot, topografi dan pemetaan dron.

Hubungi & Dapatkan Sebut Harga

Teknologi Moden

Gabungan kepakaran ukur tanah tradisional dan teknologi terkini seperti pemetaan dron dan GPS ketepatan tinggi.

Khidmat Nasihat & Bimbingan

Sedia membimbing dan memberi khidmat nasihat profesional berkaitan pengurusan hartanah, persempadanan, serta penyelesaian isu geran.

Harga Telus & Jujur

Kami menawarkan struktur harga yang jelas mengikut spesifikasi dan bajet tanpa sebarang kos tersembunyi.

Memaparkan catatan dengan label latarbelakang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label latarbelakang. Papar semua catatan

Sejarah dan Latarbelakang JUPEM MALAYSIA

JUPEM merupakan antara agensi kerajaan yang tertua di Malaysia di mana aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1957, Jabatan-Jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada satu organisasi seperti hari ini. Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan penubuhan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia dengan mandat mengendalikan kerja-kerja ukur, pemetaan, topografi dan geodesi.

Penubuhan Jabatan diteruskan dengan penubuhan JUPEM Sabah (1983), JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan (1984), JUPEM Sarawak (1989) dan diakhiri dengan penubuhan JUPEM Perlis pada tahun 1995.

Jabatan Ukur bertanggungjawab dalam memacu pembangunan negara dan berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ukur dan pemetaan disamping menjalankan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sebagai asas pembangunan sosio ekonomi dan kedaulatan negara.

Sejak penubuhannya, JUPEM telah merencanakan pelbagai pembaharuan serta pemodenan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk yang ditawarkan. Bermula daripada penggunaan peralatan konvensional sehinggalah kepada aplikasi satelit, JUPEM sentiasa mengorak langkah mengikut perkembangan teknologi terkini dalam bidang ukur dan pemetaan.

WhatsApp