Perunding Ukur Tanah & Pemetaan Anda di Sabah

Perkhidmatan profesional, tepat dan pantas untuk semua keperluan ukur sempadan, pecah lot, topografi dan pemetaan dron.

Hubungi & Dapatkan Sebut Harga

Teknologi Moden

Gabungan kepakaran ukur tanah tradisional dan teknologi terkini seperti pemetaan dron dan GPS ketepatan tinggi.

Khidmat Nasihat & Bimbingan

Sedia membimbing dan memberi khidmat nasihat profesional berkaitan pengurusan hartanah, persempadanan, serta penyelesaian isu geran.

Harga Telus & Jujur

Kami menawarkan struktur harga yang jelas mengikut spesifikasi dan bajet tanpa sebarang kos tersembunyi.

𝗞𝗘𝗦𝗜𝗟𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗚𝗢𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗞𝗜 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜

𝗞𝗘𝗦𝗜𝗟𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗚𝗢𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗞𝗜 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗝𝗘𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗧𝗢𝗞𝗦𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗟𝗔𝗜𝗡!

Dalam landskap pelaburan hartanah di Sabah, sekiranya status perundangan tanah anda masih samar, anda sebenarnya sedang menanti detik kerugian yang besar.
Ramai pemilik tanah berasa selesa, tenang, dan bersikap leka dengan hanya memegang 𝑮𝑬𝑹𝑨𝑵 𝑲𝑶𝑵𝑮𝑺𝑰. Ini merupakan kesilapan yang amat kritikal.
Hakikatnya, selagi nama bertindih di dalam satu geran, aset anda sentiasa terdedah kepada bahaya tersembunyi.
Apabila timbul isu perebutan warisan, konflik sempadan fizikal, atau salah seorang penama berhasrat menjual bahagian mereka, anda akan mula menghadapi jalan buntu.
Lebih parah lagi, tanah tersebut tidak boleh dicagarkan kepada pihak bank, sukar dijual, dan mustahil untuk dibangunkan.
Jangan biarkan aset bernilai yang sepatutnya menjadi lubuk rezeki bertukar menjadi bebanan, modal mati (dead capital), dan liabiliti keluarga. Kan?
𝗥𝗘𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 & 𝗞𝗢𝗡𝗙𝗟𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗥 𝗗𝗜𝗥𝗨𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚
Ini satu peringatan awal yang sangat penting untuk semua pemilik geran kongsi.
Apabila nama bertindih, anda bukan sekadar berkongsi tanah, tetapi anda sebenarnya sedang berkongsi nasib dengan individu lain yang mempunyai pelbagai ragam, latar belakang, dan isi hati yang tidak kita ketahui.
Mungkin hari ini keadaan nampak tenang, tetapi manusia boleh berubah apabila melihat aset dan wang ringgit.
Isu utama yang sering menjadi punca keretakan hubungan dalam geran kongsi adalah:
• Sukar berunding dan berurusan Setiap penama memiliki ego, kepala, dan kepentingan peribadi masing-masing. Ada yang mahu menjual cepat, ada yang mahu membiarkan sahaja, dan ada yang langsung enggan bekerjasama.
• Tiada keharmonian Apabila tiada kesepakatan, setiap perbincangan keluarga akan bertukar menjadi medan pertelingkahan yang tegang. Komunikasi menjadi toksik dan berantakan.
• Perangai mementingkan diri Ada segelintir penama yang culas dan liat untuk membayar komitmen bersama, tetapi menjadi orang pertama yang menuntut hak paling besar apabila tanah mahu dibangunkan.
Melayan kerenah birokrasi kerajaan itu satu hal, tetapi melayan kerenah sekumpulan penama yang berbeza perangai adalah satu penyeksaan emosi yang amat berat!
𝗜𝗦𝗨 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 & 𝗦𝗜𝗙𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗔𝗞
Satu lagi punca utama yang menghancurkan keharmonian pemilik geran kongsi adalah isu pembayaran cukai tanah tahunan.
Oleh sebab nama berkongsi di dalam satu geran, bil cukai yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) adalah secara pukal atas satu geran tersebut.
Di sinilah timbulnya sifat culas dan buruk perangai manusia.
• Sikap lepas tangan Masing-masing cuba mengelak daripada membayar bahagian mereka dengan memberikan pelbagai alasan.
• Mengharap ihsan orang lain Ada penama yang sengaja mendiamkan diri dengan harapan ada penama lain yang akan "tolong" membayarkan dahulu bagi mengelakkan tanah tersebut disita atau dikenakan denda oleh kerajaan.
• Timbul rasa tidak puas hati Penama yang jujur akhirnya berasa tertipu dan terbeban kerana terpaksa menanggung tunggakan cukai penama lain bertahun-tahun demi menyelamatkan tanah.
Isu wang ringgit sekecil cukai tanah ini jika dibiarkan berlarutan akan menanam sifat benci, curiga, dan dendam di dalam hubungan kekeluargaan sehinggakan urusan-urusan besar yang lain langsung tidak boleh dibawa berbincang lagi!
𝗜𝗦𝗨 𝗛𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗟𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗨𝗡𝗬𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗖𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛
Ketiadaan keharmonian akibat isu perangai dan cukai ini biasanya akan melarat kepada isu fizikal tanah, terutamanya isu hak lalu lalang (right of way).
Apabila tanah tidak dipecahkan secara rasmi, pembahagian lot hanyalah berdasarkan persetujuan mulut yang rapuh.
Masalah besar akan mula melanda apabila ada sebahagian penama yang degil dan enggan memberikan laluan melintasi sempadan bahagian mereka semata-mata kerana dendam isu lama.
Kesannya? Lot tanah anda terus terkepung, terpencil, dan menjadi tanah mati yang mustahil untuk dibangunkan atau dimasuki kenderaan!
Keengganan ini akhirnya akan mencetuskan pertikaian yang amat menegangkan antara jiran dan saudara-mara.
Apabila rundingan menemui jalan buntu, anda tiada pilihan lain selain mengheret kes ini ke mahkamah.
Waktu itu, hubungan kekeluargaan sudah hancur lebur, dan anda terpaksa turun naik mahkamah bertahun-tahun hanya demi menuntut sejalur laluan jalan!
Saat Waktu Kritikal Anda Sanggup Membayar Berapa Sahaja, Tetapi...
Ingatlah, apabila nasi sudah menjadi bubur seperti kes sekatan jalan di atas, tunggakan cukai yang terlalu besar, berlaku kematian mengejut penama, atau plot tanah anda diceroboh oleh pihak lain pada waktu itulah anda akan mula panik.
Pada saat kritikal tersebut, ego kita akan runtuh. Anda akan berkata:
"𝑺𝙚𝒃𝙪𝒕𝙠𝒂𝙣 𝙨𝒂𝙝𝒂𝙟𝒂 𝒃𝙚𝒓𝙖𝒑𝙖 𝙠𝒐𝙨𝒏𝙮𝒂, 𝙨𝒂𝙮𝒂 𝒔𝙖𝒏𝙜𝒈𝙪𝒑 𝒃𝙖𝒚𝙖𝒓! 𝙎𝒂𝙮𝒂 𝒃𝙚𝒓𝙨𝒆𝙙𝒊𝙖 𝙍𝑴10,000, 𝙍𝑴20,000 𝒂𝙩𝒂𝙪 𝙗𝒆𝙧𝒂𝙥𝒂 𝒔𝙖𝒉𝙖𝒋𝙖 𝙖𝒔𝙖𝒍𝙠𝒂𝙣 𝙢𝒂𝙨𝒂𝙡𝒂𝙝 𝙞𝒏𝙞 𝙙𝒂𝙥𝒂𝙩 𝙙𝒊𝙨𝒆𝙡𝒆𝙨𝒂𝙞𝒌𝙖𝒏 𝒅𝙚𝒏𝙜𝒂𝙣 𝙨𝒆𝙜𝒆𝙧𝒂!"
Namun maaf, realitinya kuasa wang ringgit tidak mampu membeli masa.
Proses perundangan dan birokrasi tanah di Sabah tidak boleh diselesaikan dalam tempoh 24 jam hanya kerana anda mempunyai kemampuan kewangan.
Masalah tanah kongsi ini melibatkan 𝑲𝑶𝑺 𝑴𝑨𝑺𝑨 yang amat panjang. Anda terpaksa melalui prosedur yang memakan masa berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.
• Perbicaraan mahkamah yang panjang hanya untuk menuntut hak lalu lalang jika pemilik lain berkeras mengunci sempadan mereka.
• Sesi turun padang bagi menjejaki semula semua penama geran bersaudara yang telah terputus hubungan.
• Proses pengesahan waris (Borang Jadual 3 / Sijil Faraid / Surat Kuasa Mentadbir) yang rumit sekiranya ada penama asal yang telah meninggal dunia.
• Giliran kelulusan dokumen teknikal di agensi kerajaan yang perlu mengikut fasa undang-undang yang ketat.
Pada waktu tersebut, wang anda habis melayang, emosi anda hancur, dan masa anda terbuang begitu sahaja kerana anda terpaksa menunggu dan terus menunggu.
Mengapa mahu tunggu sehingga keadaan menjadi parah? kan?
𝐁𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐀𝐈𝐊! 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐀𝐑𝐈-𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐀𝐍!
Sebab itulah saya ingin menegaskan di sini.
Masa yang paling terbaik, paling sesuai, dan paling bijak untuk mengambil tindakan memecah geran adalah sekarang! sewaktu semua keadaan masih berada dalam keadaan baik.
• Hubungan adik-beradik dan saudara-mara masih harmoni serta boleh dibawa berbincang secara amanah.
• Semua penama masih komited dan tiada isu tunggakan cukai tanah yang parah.
• Semua penama setuju untuk menyediakan rizab jalan atau hak lalu lalang yang sah di dalam pelan rasmi.
• Semua penama asal masih hidup, sihat, dan boleh menurunkan tanda tangan tanpa sebarang isu perundangan.
• Sempadan tanah belum mempunyai sebarang pertikaian atau diceroboh oleh pihak luar.
Jangan menjadi seperti segelintir masyarakat yang sudah terhantuk baru hendak tengadah.
Apabila hubungan keluarga sudah retak, apabila ada waris sudah meninggal dunia, atau apabila ada pihak mula diselubungi ketamakan, pada waktu itulah baru anda sibuk mencari jurukur tanah (land surveyor).
Ketika itu, segalanya sudah terlambat dan kosnya berkali-kali ganda lebih mahal.
Bertindak awal, buat keputusan sekarang sewaktu fikiran anda masih tenang.
𝐉𝐀𝐃𝐈, 𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐋𝐀𝐊𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆?
Jika anda telah sedar dan tidak mahu terus membiarkan aset berharga anda terdedah kepada risiko pertikaian ini, atau anda mahu mula mengambil langkah pertama untuk menyelamatkannya?
Sekiranya anda memang sudah lama mempunyai niat dan hasrat untuk membuat pecah geran, usah ditangguh-tangguh lagi.
Sila lakukan tindakan paling bijak hari ini dengan membuat semakan awal.
Akses pautan di bawah sekarang juga, isi borang tapisan yang disediakan, dan biarkan kami membantu anda menilai potensi tanah tersebut secara profesional!
𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐏𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀!
Jangan buang masa dan wang dengan meraba-raba di dalam kegelapan.
𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭! 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐠𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐮𝐭𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢.
Sila bertindak pantas demi menyelamatkan hak anda sebelum "𝙆𝙤𝙨 𝙈𝙖𝙨𝙖" mula menjerat hidup anda!
Klik pautan ini sekarang untuk isi borang tapisan kelayakan pecah geran anda:

Semakan Digital Kelayakan Pecah Geran Tanah Di Sabah

Borang Semakan

Semakan Kelayakan Pecah Geran

Jawab 8 soalan teknikal pantas berikut bagi membolehkan sistem menilai pematuhan perundangan dan kelayakan tanah anda secara percuma.

Penentuan Kategori Geran & Syarat Nyata
Tapisan Konflik Pemilikan & Waris Bersama
Anggaran Kuantiti Pecahan Lot Baharu
Pematuhan Rizab & Undang-Undang PBT
Langkah 1 dari 8 12%

Kategori Hakmilik Tanah

Sila pilih klasifikasi dokumen geran tanah (title) anda.

Tambah Catatan Sendiri
Langkah 2 dari 8 25%

Pemilikan & Persetujuan Waris

Adakah kesemua penama di dalam geran mudah dihubungi dan bersetuju 100% untuk proses ini?

Tambah Catatan Sendiri
Langkah 3 dari 8 37%

Anggaran Kuantiti Pecahan Lot

Berapakah anggaran jumlah lot kepingan yang ingin dibuat (atau berapa orang penama / pembeli baru)?

Jumlah Terperinci / Catatan
Langkah 4 dari 8 50%

Syarat Guna Tanah

Apakah "Syarat Nyata" (kegunaan tanah) yang tertulis di muka hadapan geran?

Tambah Catatan Sendiri
Langkah 5 dari 8 62%

Status Bebanan / Gadaian

Adakah geran tanah ini sedang dicagarkan atau digadaikan kepada mana-mana pihak bank / institusi kewangan?

Tambah Catatan Sendiri
Langkah 6 dari 8 75%

Komitmen Pembangunan PBT

*Nota: Proses pecah geran tertakluk kepada undang-undang perancangan bandar yang diwajibkan oleh pihak PBT / Kerajaan Negeri.

Adakah anda bersetuju untuk melepaskan sebahagian kecil tanah bagi tujuan rizab jalan (40 kaki) & kawasan lapang awam (10%) jika diwajibkan?

Tambah Catatan Sendiri
Langkah 7 dari 8 87%

Tahap Keperluan

Adakah anda merancang untuk memulakan urusan pecah geran ini secepat mungkin atau sekadar tinjauan?

Tambah Catatan Sendiri
Langkah 8 dari 8 100%

Lokasi Maklumat Tanah

Memudahkan pengesahan status tanah di pangkalan data kerajaan.

Pengesahan Akhir

Serahan Maklumat

Maklumat Anda Selamat

Data ini disulitkan dan terpelihara di bawah akta pelindungan data peribadi (PDPA).

Memproses Tapisan

Mengakses pangkalan data perundangan PBT...

Keputusan Analisis

MEMENUHI KELAYAKAN
ASAS PERMOHONAN

Syabas. Rekod profil tanah ini menepati kriteria perundangan awal. Kami sedia mengeluarkan invois / sebut harga teknikal rasmi.

Tindakan Susulan (SOP):

Sila hantar maklumat sistem ini ke WhatsApp kami untuk menerima dokumen prosedur & sebut harga rasmi.

Keputusan Analisis

PERLU TINDAKAN
SUSULAN PEMOHON

Analisis tapisan menunjukkan permohonan rasmi berisiko ditolak atau ditangguhkan kerana isu pematuhan.

Punca Penolakan Sistem: Prosedur menuntut kelulusan menyeluruh termasuk persetujuan waris dan pematuhan PBT.

Nasihat Pengurusan:

Usah risau, hantar rekod tapisan ini kepada konsultan kami untuk sesi penerangan dan pelan alternatif.

WhatsApp